Adakah Terbatal Solat Perempuan Jika Menampakkn Sehelai Rambut?

27

Adakah Terbatal Solat Perempuan Jika Menampakkn Sehelai Rambut? | Ramai kaum hawa tidak sedar dan tidak tahu apakah sah solat jika sehelai rambut terkeluar dari tudung. Jangan abaikan artikel ini, mari kita baca dan rungkai persoalan ini. Jika bermanfaat silakan share kepada keluarga sahabat andai.

Soalan:
Asalamualaikum Ustaz,
Saya ingin bertanya, bagi seorang perempuan apakah perlu mengulang semula solat sekiranya setelah selesai solat, kelihatan 2 atau 3 helai rambut berjuntaian keluar. Rambut ini mungkin sudah terjuntai sebelum solat tetapi tidak menyedarinya (kerana tidak mengemaskini pakaian sebelum solat). Diharap ustaz sudi menjawab. Syukran. Jazakallahu khairan kathiran.
Wassalam

Jawapan:
Wa’alaikumussalam
Alhamdulillah. Insyallah kami akan menjawab soalan saudari ini dengan sekadar yang mampu. Ulama semua bersetuju bahawa menutup aurat merupakan syarat sah solat seseorang. Dalilnya, firman Allah SWT:
يَا بَنِي آدَمَ خُذُوا زِينَتَكُمْ عِنْدَ كُلِّ مَسْجِدٍ
“Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke masjid (atau mengerjakan solat…)” – (al-A’raaf 7:31)
Mengenai aurat terbuka semasa solat, Imam Al-Syafie r.h. berkata:

يجْزِي الرَّجُلَ وَالْمَرْأَةَ كُلَّ وَاحِدٍ أَنْ يُصَلِّيَ مُتَوَارِيَيْ الْعَوْرَةِ , وَعَوْرَةُ الرَّجُلِ مَا وَصَفْت ( أي بين السرّة والركبة ) وَكُلُّ الْمَرْأَةِ عَوْرَةٌ إلا كَفَّيْهَا وَوَجْهَهَا وَظَهْرَ قَدَمَيْهَا عَوْرَةٌ فَإِذَا انْكَشَفَ مِنْ الرَّجُلِ فِي صَلاتِهِ شَيْءٌ مِمَّا بَيْنَ سُرَّتِهِ وَرُكْبَتِهِ وَمِنْ الْمَرْأَةِ فِي صَلاتِهَا شَيْءٌ مِنْ شَعْرِهَا قَلَّ , أَوْ كَثُرَ وَمِنْ جَسَدِهَا سِوَى وَجْهِهَا وَكَفَّيْهَا وَمَا يَلِي الْكَفَّ مِنْ مَوْضِعِ مِفْصَلِهَا وَلا يَعْدُوهُ , عَلِمَا أَمْ لَمْ يَعْلَمَا أَعَادَا الصَّلاةَ مَعًا إلا أَنْ يَكُونَ تَنْكَشِفُ بِرِيحٍ , أَوْ سَقْطَةٍ , ثُمَّ يُعَادُ مَكَانَهُ لا لُبْثَ فِي ذَلِكَ فَإِنْ لَبِثَ بَعْدَهَا قَدْرَ مَا يُمْكِنُهُ إذَا عَاجَلَهُ مَكَانَهُ إعَادَتُهُ

أَعَادَ وَكَذَلِكَ هِيَ .
“Adalah baik bagi kedua-dua wanita dan lelaki bersolat dengan menutup aurat mereka. Aurat lelaki sebagaimana yang telah dinyatakan (i.e., dari pusat ke lutut), dan semua pada wanita adalah aurat kecuali muka dan tangan. Bahagian atas kaki juga dikira aurat. Jika semasa solat mana-mana bahagian bagi lelaki diantara pusat dan kaki menjadi terbuka, atau mana-mana bahagian rambut wanita, samada banyak atau sedikit, atau mana-mana bahagian badannya dari muka, tangan dan pergelanggan tangan, dan tidak lebih dari itu, menjadi terbuka, samada mereka ketahui atau tidak, maka kedua-duanya (lelaki dan wanita) harus mengulangi solatnya – melainkan ia terbuka akibat tiupan angin, atau tergelincir dan dengan segera ditutup kembali tanpa menangguh” – Al-Umm, Bab Kayfiyyat Libs al-Thiyaab fi Al-Solaah.
Ibn Qudamah r.h. didalam Al-Mughni berkata :

Loading...

فَإِنْ انْكَشَفَ مِنْ الْعَوْرَةِ يَسِيرٌ . لَمْ تَبْطُلْ صَلاتُهُ . نَصَّ عَلَيْهِ أَحْمَدُ وَبِهِ قَالَ أَبُو حَنِيفَةَ

“Jika sedikit dari aurat terbuka, ia tidak menjadikan solat itu tidak sah. Ini adalah pendapat Ahmad dan Hanifah”.
Menurut beliau lagi bahawa, mengelak perkara-perkara yang kecil mungkin merupakan satu perkara yang amat sukar, maka kalau perkara itu kecil, ia dima’afkan. Inilah perkara-perkara yang tidak didefinasikan didalam Islam yang dianggap sebagai ‘uruf yang menentukan, sebagaimana yang diapplikasikan didalam ‘pergerakan yang banyak semasa bersolat’.
Sheikh Khalid Al-Jundi, seorang ulama’ Al-Azhar memberikan satu komentar yang baik didalam permasalah ini. Kata beliau :

المرأة كلها عورة عدا وجهها وكفيها، فإذا صليت وكان شيء من شعرك ظاهرا، وكنت تعلمين ذلك فصلاتك باطلة وعليك إعادتها، أما إن لم تعلمي، وكان ذلك عن طريق النسيان، فصلاتك صحيحة، والأولى لك أن تتأكدي من هذا لأنه أولى لنا أن نغطي عوراتنا أمام رب العالمين.

“bagi wanita, kesemuanya aurat kecuali wajah dan tapak tangan, maka jika apabila terzahir rambutnya ketika solat, dan ketika itu beliau mengetahuinya, maka Batalalah solatnya, dan harus diulanginya. Jika ia tidak mengetahui (rambut telah terkeluar), dan ini bermakna ‘kelupaan’, maka solat tersebut adalah sah. Adalah lebih awal lagi kita pastikan, kerana adalah satu pemberian untuk menutup aurat dihadapan Tuhan Sekalian Alam”.
Kesimpulannya, jika berlaku terkeluarnya rambut tanpa diketahui, ini dianggap sebagai satu kemaafan (atau satu kelupaan), dan solatnya masih sah. Manakala jika dia sedar rambautnya terkeluar semasa bersolat, maka solat tersebut perlu diulangi kembali.
wallahu ‘alam
-wassalam-

Rujukan :
1. Sheikh Mohammad Salih Al-Munajjid. Aurat terbuka didalam solat. url : http://63.175.194.25/index.php?cs=prn&ln=ara&QR=3075&dgn=3&dgn=2
2. Shiekh Khalid Al-Jundi. Fas’aluu Ahlu Al-Zikr : fatawa mua’sirah. Beirut : Dar Al-Ma’rifah, 2003. ms. 80.
Sumber: http://soalsolatumum.blogspot.my/

Comments are closed.