“SAYA MEMANG TERPAKSA MASUK ISLAM SEBAB ‘TIADA PILIHAN’…..”

SATU KELUARGA PELUK ISLAM “SAYA MEMANG TERPAKSA MASUK ISLAM SEBAB ‘TIADA PILIHAN’…..”Ikhlas atau tidak? Hidayah itu milik ALLAH s.w.t. Islam itu indah dan mudah, Islam itu memudahkan. Percaya atai tidak, hidayah datang tanpa diduga dan paksaan dari sesiapa pun.

Allah maha mengetahui apa yang ada di langit dan bunyi, IA MAHA memberi, jika KehendakNYA itu,itulah yang akan terjadi. Semoga kita semua mendapat nikmat HIDAYAH.

Jikalau kita sudah dipilih-NYA sebagai insan bertuah yang bakal menerima hidayah tersebut, maka terimalah dengan hati terbuka seperti kisah di bawah.

Baru-baru ini, sebuah keluarga bukan Islam membuat keputusan untuk memeluk Islam di Shah Alam selepas sekian lama didakwah oleh seorang rakan. Namun, para hadirin telah terkejut dengan jawapannya apabila ditanya akan mengapa dia ingin memeluk Islam.

Choon Koon Peng telah mengenali sahabatnya, Sakri Ariffin selama hampir 10 tahun. Sepanjang persahabatan mereka, Tuan Sakri yang bekerja sebagai Timbalan Pengarah (Risikan/Operasi) JSJK Bukit Aman tidak pernah berputus asa berdakwah dan menyebarkan agama Islam kepada rakannya itu.

Walaupun mereka sudah lama berkenalan, mereka jarang sekali berjumpa dan hanya berhubung melalui panggilan telefon sahaja. Namun begitu, Tuan Sakri tetap berkesempatan untuk berdakwah kepada rakannya itu meskipun mereka tidak selalu bersemuka.

Setelah bertahun berusaha, akhirnya niatnya kesampaian juga untuk membuka hati rakannya menerima agama Islam.