Semalam adik mai pakai jubah putih dalam mimpi abah

Semalam adik mai pakai jubah putih dalam mimpi abah | ”Meskipun baru semalam dikebumi,rasa rindu abah sungguh tidak terbendung tapi alhamdulillah semalam adik mai juga dalam mimpi abah” kata Hairil Khan Azali, 32 bapa kepada kanak-kanak 6 tahun Mohamad Rayyan yang dipercayai mati didera oleh kekasih ibunya semalam.

Dalam mimpi itu Hairil berkata,dia melihat arwah memakai jubah putih lengkap berkopiah,meskipun katanya arwah diam namun rasa rindunya sedikit terobati apabila arwah menghadiahkan satu senyuman manis.

“Dulu masa adik kecik berak kencing adik abah uruskan,Baju adik abah basuh,sedikit terobat apabila adik mai semalam”katanya.

Terdahulu dimaklumkan Dipukul dengan objek tumpul sehingga patah tulang rusuk dan pecah usus, itu penderitaan yang ditanggung oleh mangsa sehingga menemui ajal akibat  didera oleh teman lelaki ibunya.

Perbuatan tidak berperikemanusiaan itu terbongkar selepas pakar patologi di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar menjalankan bedah siasat ke atas jenazah kanak-kanak malang itu, semalam.

“Berdasarkan siasatan awal, suspek mempunyai 12 rekod lampau atas pelbagai kesalahan dan kebanyakannya membabitkan curi motosikal,” katanya.

Azisman berkata, polis telah mendapat perintah tahanan reman selama seminggu ke atas pasangan itu bermula hari ini untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.